Operasi tempur Kapal_pengangkut_pesawat_Giuseppe_Garibaldi

Giuseppe Garibaldi dan USS Harry S. Truman belayar bersama-sama di Lautan Atlantik semasa latihan Majestic Eagle 2004, satu latihan peperangan pelbagai negara yang dilaksanakan di luar pantai Maghribi.

Pada tahun 1999, apabila Perang Kosovo meletus di Balkan, Itali telah menghantar pesawat pejuang Harrier AV-8B II+ yang beroperasi di atas kapal Giuseppe Garibaldi, bermula pada 13 Mei sehingga awal bulan Jun 1999. Pesawat ini melakukan 30 penerbangan dengan jumlah jam penerbangan sebanyak 63 jam. Pesawat-pesawat ini menggunakan bom-bom Mk 82 GBU-16 dan peluru berpandu AGM-65 Maverick. Selain kapal pengangkut pesawat Giuseppe Garibaldi, kumpulan sayap udaranya, Tentera Laut Itali juga menghantar kelas-Maestrale Zeffiro.

Selepas serangan 11 September 2001 dan perang menentang keganasan yang diistiharkan oleh Presiden A.S. Bush, Itali menyertai Operasi Enduring Freedom di Afghanistan. Giuseppe Garibaldi juga terlibat sebagai kapal arahan GRUPNAVIT I, Kumpulan Perkapalan Itali 1 yang mana termasuk Zeffiro, pasukan peronda dan pembekal pasukan udara di Etna. Kumpulan ini berlayar daripada Taranto pada 18 November 2001. Mereka dilatih di Lautan Hindi bermula pada 3 Disember 2001 sehingga 1 Mac 2002 dan kembali ke Taranto pada 18 Mac 2002. Semasa misi ini, unit pesawat AV-8B Harrier melaksanakan 288 buah misi dengan jumlah jam penerbangan sebanyak 860 jam. Antara tugas-tugas yang dilaksanakan termasuk pemintasan/penyusupan, sokongan darat dan udara, dan pemintasan pesawat di Afghanistan.

Sebuah pesawat TAV-8B Harrier II milik Marina Militare di atas dek Giuseppe Garibaldi.

Giuseppe Garibaldi terlibat dalam campur tangan ketenteraan di Libya 2011 selepas perubahan pemindahan kekuasaan kepada NATO dan keputusan untuk menyertai operasi serangan udara ke darat, kerajaan Itali menugaskan pasukan di bawah kawalan NATO empat buah pesawat AV-8B milik Tentera Laut Itali (berpangkalan di atas Garibaldi) selain pesawat Tentera Udara Itali.[2] Setakat 24 Mac, Tentera Laut Itali telah terlibat dalam Operasi Unified Protector dengan menggunakan kapal pengangkut ringan Garibaldi, frigat kelas-Maestrale Libeccio dan kapal bantuan Etna.[3] Selain itu, kelas-Orizzonte Andrea Doria dan frigat kelas-Maestrale Euro juga meronda pesisiran pantai Sicily dalam peranan pertahanan udara.[4][5] Secara keseluruhannya, sehingga penamat misi di Libya, lapan buah pesawat AV-8B milik Tentera Laut Itali terbang daripada kapal pengangkut pesawat Giuseppe Garibaldi, menggugurkan 160 bom panduan dengan sejumlah 1221 jam penerbangan.[6]

Rujukan

WikiPedia: Kapal_pengangkut_pesawat_Giuseppe_Garibaldi http://www.defensenews.com/article/20111214/DEFSEC... http://www.naval-technology.com/projects/garibaldi... http://www.marina.difesa.it/Conosciamoci/Notizie/P... http://www.difesa.it/OPERAZIONI_MILITARI/OPERAZION... http://www.difesa.it/Operazioni+Militari/Operazion... http://www.grnet.it/news/95-news/2567-libia-nave-a... http://www.globalsecurity.org/military/world/europ... https://web.archive.org/web/20110720060122/http://... https://web.archive.org/web/20141207232928/http://...